Tuesday, August 5, 2014

Adab dan Akhlak : Adab Musafir

Adab Musafir

Hukum Musafir

# Harus untuk tujuan yang baik seperti melihat tanda kebesaran Allah dan bukan tujuan maksiat.

Hukum Musafir Bergantung Kepada Tempat yang Dituju dan Niat Orang yang Bermusafir

1. Hukum : Wajib -> Bagi Muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang wajib.

2. Hukum : Sunat -> Untuk menziarahi tiga buah masjid utama iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi, Masjid al-Aqsa, serta bermusafir untuk menziarahi saudara-mara.

3. Hukum : Haram -> Bermusafir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi seperti pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta maksiat.

4. Hukum : Makruh -> Bermusafir yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat.

5. Hukum : Harus -> Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak.

Adab-adab Bermusafir

a) Sebelum bermusafir :
1. Kita hendaklah berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT dan meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman.
2. Kita hendaklah menyediakan bekalan yang secukupnya seperti wang, pakaian, makanan, dan sebagainya.
3. Kita hendaklah melantik seorang ketua apabila bermusafir secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga orang atau lebih.
4. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang ditinggalkan bagi memaklumkan tentang keberangkatan dan tempat yang dituju.
5. Sunat melakukan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.

b) Semasa bermusafir :
1. Mengerjakan solat qasar dan jamak supaya tidak ada alasan untuk meninggalkan solat.
2. Dilarang melakukan kerosakan terhadap alam sekitar seperti buang sampah dan membuang air kecil ddi tempat yang tidak sesuai.

Sebab Perlunya Adab Bermusafir

1. Supaya perjalan itu mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
2. Jika sekiranya berlaku pertelingkahan, ketua yang dilantik akan menyelesaikannya.
3. Supaya tidak berlaku kerosakan alam dan keindahan dan kebersihan alam akan terpelihara.

Kesan Buruk Apabila Tidak Mematuhi Adab Bermusafir

1. Sesuatu perjalanan tidak akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.
2. Seseorang itu akan terdedah dengan perkara maksiat dan pergaduhan.
3. Menimbulkan pelbagai masalah dalam perjalanan.
4. Jiwa dan perasaan sentiasa gelisah kerana meninggalkan yang difardukan seperti solat.

Ruhsah

Ruhsah ialah hukum hakam yang disyariatkan bagi meringankan mukallaf dalam keadaan-keadaan tertentu.

Tiga doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT

1. Doa orang yang dizalimi.
2. Doa orang yang sedang bermusafir.
3. Doa bapa ke atas anaknya.

(Diambil daripada Siri Ulangkaji Pendidikan Islam, REDAH 5, Tingkatan 5, Hajah Ramlah bt. Idris, Guru Cemerlang Pendidikan Islam, SMK Pulau Nyior)

5 comments:

  1. terima kasih atas ilmu.. insyaAllah ini merupakan satu panduan dan ingatan utk sesiapa yg bermusafir..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Baru balik dari bermusafir :)
    Singgah balas kunjungan ^_^

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk ilmu ni.. dah la nanti nak berjalan jauh ni.. huhu.

    ReplyDelete
  4. @Zuhaira : Alhamdulillah ^^ @zizie : In Sha Allah berjalan-jalan dgn membawa kerberkatan. ^^

    ReplyDelete

Komen benda elok2 je. ^^