Sunday, June 19, 2011

Tilawah : Ilmu Penyuluh Kehidupan

► AYAT KEFAHAMAN (Surah Al-Imran 18:3)

شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: "Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang mentadbir dengan penuh keadilan. Para Malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."


► PENGERTIAN ILMU

Dari segi:~

Bahasa: Pengetahuan
Istilah : Pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara

► MARTABAT DAN KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU
  • Allah mengiktiraf dan memuliakan orang yang berilmu
  • Orang yang berilmu dihormati masyarakat
► PERANAN ILMU DALAM KEHIDUPAN

Peranan ilmu kepada individu
  1. Dapat menyedarkan kita tentang KeEsaan, kekuatan dan kebijaksanaan Allah s.w.t melalui ciptaanNya yang unik dan menarik
  2. Dapat melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t seperti solat dan puasa bertepatan dengan syarak
  3. Dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, arkitek dan kejuruteraan
Peranan ilmu kepada masyarakat
  1. Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan perihatin
  2. Memudahkan interaksi dalam kehidupan
Peranan ilmu kepada negara
  1. Membina kemajuan negara
  2. Disegani dan dihormati oleh dunia luar
► PENGAJARAN AYAT

Ilmu pengetahuan amat penting kepada setiap individu muslim untuk mengenal Allah s.w.t
  1. Kewajipan menuntut ilmu berterusan sepanjang hayat
  2. Masyarakat dapat mencapai kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat dengan menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
  3. Masyarakat bukan Islam memandang tinggi kepada umat Islam yang berilmu

Saturday, June 11, 2011

Tilawah : Hidayah Sumber Kebahagiaan

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)".




► PENGERTIAN HIDAYAH DAN RAHMAT

Dari segi:~

Bahasa : Petunjuk
Istilah : Petunjuk Allah ke arah kebenaran

Dari segi:~

Bahasa : Belas kasihan
Istilah : Segala kebaikan yang Allah kurniaan kepada manusia


► CARA-CARA MEMPEROLEH DAN MENGEKALKAN HIDAYAH

1- Mensyukuri nikmat Allah
2- Yakin kepada kebenaran akidah
3- Berakhlak mulia dalam kehidupan
4- Bersungguh-sungguh menimba ilmu
5- Berdoa memohon pertolongan Allah

► KELEBIHAN MENDAPAT HIDAYAH

1- Sentiasa mentaati Allah sehingga mendapat keredhaan dan kebahagiaan hidup

► CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPATKAN HIDAYAH

1- Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup
2- Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh
3- Senang menerima kebenaran
4- Hidup dalam keadaan tenang dan gembira
5- Mudah melakukan kebaikan

► AKIBAT TIDAK MENDAPAT HIDAYAH
1- Mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan
2- Berfikiran sempit dan bertindak melulu
3- Susah menerima kebenaran
4- Hidup dalam keadaan keluh kesah
5- Sukar melakukan kebaikan

► PERKARA YANG MENGHALANG HIDAYAH ALLAH

1- Meninggalkan ibadah-ibadah wajib seperti solat 5 waktu dan puasa Ramadhan
2- Melakukan maksiat seperti minum arak dan berjudi
3- Memiliki sifat-sifat mazmumah seperti takbur, tamak, riak, sum'ah dan 'ujub
4- Tidak menghormati ibu bapa dan guru

► PENGAJARAN AYAT

  1. Hidayah Allah ialah kurniaan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya
  2. Pintu hidayah dan rahmat Allah s.w.t sentiasa terbuka luas kepada orang yang berusaha dan bersedia menerima kebenaran
  3. Doa ialah senjata penting umat Islam untuk memperoleh hidayah Allah
  4. Orang yang tidak mendapat hidayah Allah s.w.t, hidupnya tidak akan bahagia didunia dan akhirat
  5. Dosa boleh menghalang hidayah Allah

Maksud 

1) Riak       : ialah melakukan amalan utk menunjuk-nunjuk.
2) Sum'ah : ialah membuat kebajikan supaya dipuji serta disebut oleh org ramai.
3) 'ujub      : ialah bangga dan megah dgn diri sendiri.

Friday, June 10, 2011

Sirah dan Tamadun Islam : Saidina Usman b. Affan R.A Korporat yg Dermawan

►Biodata

# Nama : Usman b. Affan b. Abu Al-As b. Umaiyah
# Keturunan : Bani Umaiyah
# Tarikh lahir : 576 Masihi iaitu 6 tahun selepas "tahun gajah"
# Tempat lahir : Mekah Al-Mukaramah
# Jawatan : Khalifah yg ke-3 drpd Khufalak Ar-Rasyidin
# Tarikh menjadi Khalifah : 644 Masihi bersamaan 23 Hijrah
# Tempoh memerintah : 12 tahun
# Tarikh wafat : 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah
# Sebab kewafatan : Dibunuh oleh pemberontak
# Gelaran : Zunurain (yg mempunyai 2 cahaya kerana telah memperisteri 2 puteri Rasulullah)

►Kisah Ke-Islaman Saidina Usman bin Affan R.A


1. Saidina Usman termasuk dlm golongan yg mula² memeluk Islam.
2. Beliau memeluk Islam melalui dakwah yg telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar As-Sidiq R.A.
3. Saidina Usman mudah menerima Islam kerana beliau mempunyai akhlak yg mulia.
4. Kita mestilah mengamalkan aklhlak yg terpuji supaya mudah menerima kebenaran.


►Sifat Peribadi Saidina Usman bin Affan R.A


1. Sifat
Taat kpd Allah dan Rasul.

Contoh : Beliau sanggup berhijrah ke Habsah dgn meninggalkan segala kemahuan, harta benda dan sanak saudara demi menyahut seruan Allah dan Rasul.

2. Takut kpd Allah

Contoh : Beliau banyak beribadah spt kiamulai, berpuasa sunat dan membaca Al-Quran sebagai persediaan utk menghadapi hari slepas mati.

3. Malu dan lemah-lembut

Contoh : Sentiasa mengeluarkan kata² yg baik ketika bercakap walaupun dgn musuh.

► Sifat Dermawan Saidina Usman bin Affan R.A

1. Membeli perigi "Raumah" dgn harga 35000 darham dan mensedekahkan utk kegunaan org ramai.
2. Membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Al-Nabawi.
3. Memerdekakan hamba pada hari Jumaat setiap minggu.
4. Menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10 000 darham utk kegunaan tentera Islam dan peperangan Tubok.

► Semangat Jihad Saidina Usman

1. Sayangkan Islam.
2. Memiliki kekayaan.
3. Sayangkan negara.
4. Keimanan yg kukuh.

► Sumbangan dan Pengorbanan Saidina Usman bin Affan R.A

1. Saidina Usman memberikan sumbangan yg sangat besar ke arah kecemerlangan Islam.
2. Beliau terlibat dlm penulisan wahyu pada zaman Rasulullah.
3. Sumbangan utama beliau ialah mengumpul dan membukukan utk kali kedua.
4. Al-Quran yg dikumpulkan itu digunakan hingga hari ini dan dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

# Politik

1. Menubuhkan angkatan tentera laut.
2. Menjadi utusan Rasulullah dlm perjanjian Hudaibiah.

# Ekonomi

1. Menyumbangkan harta yg banyak dijalan Allah.
2. Berjaya membentuk masyarakat yg mantap ekonominya.

# Sosial

1. Memperkenalkan sistem protokol.
2. Berjaya menawan hati rakyat dgn sifat beliau yg lemah-lembut.

► Konflik pada Zaman Saidina Usman bin Affan R.A

1. Konflik dan fitnah berlaku apabila Saidina Usman di tahmah oelh yahudi dan munafik yg diketuai oleh Abdullah bin Sabak.
2. Beliau dituduh tidak adil dalam pemerintahan.
3. Beliau berjaya mengatasi dan membuka pintu rundingan serta mendapati krisis yg berlaku adalah berpunca drpd musuh Islam.