Search This Blog

Tuesday, December 6, 2016

Teacher Facebook Page

Assalamualaikum ! ayy.. alhamdulillah. semuanya berjalan ngan lancar. :D 
nie la fb page Teacher untuk gaming punya League of Legends


Friday, December 2, 2016

New Shirt 'USRAH SANTAI'

Assalamualaikum! baru2 ini. dpt baju jersey baru 'Usrah Santai' with special quote "Biar Santai Asal Sampai" yang dipopularkan oleh Afaf Amran... yeah op. pastu jalan2 cari makan ngan Eisom di Quill Mall.. ayyy.. semalam makan mcm2.. maklumla *cough... gaji pama dah masuk .hehe. thank u so much abah n umi <3 I luv u ..

kita nk jadi model sat . ayyy.. hahahaha. .and jgn lupa likes pages kita. 









dah jadi mcm model dah. ahahaha.. buku tu pun dh publish. pastu ada terjumpa kt kedai. terbeli.. ayy .. hahaha.. ok lah. cerita seorang kehidupan yang telah dilalui untuk berjaya. ayy.. mcm kita lah. haha
k. thats all for today! thanks for watching ! eh, haha ingatkan streaming. tata . Assalamualaikum! 

Sunday, November 27, 2016

Novice Cup 2016

Assalamualaikum! semalam ada Novice Cup dkt Ampang. well, kami masuk. and Im new person for their team. our team name was Ice-Cream. from 16 teams and we got no 3. :( too bad.. only 1 and 2 can qualify to next Semi Pro Cup. but we had fun actually. we can managed to fight against higher rank from us. haha... depa pandang rendah kot kat kami masa tu.tgok2 kami menang. lmao.
Naim, Omir, Fendy and Yong.







Saturday, November 19, 2016

Weekend Cup Setelah Sebulan Lebih Sibuk

Assalamualaikum! alhamdulillah. dah seminggu dah berada di rumah. hari Ahad nanti balik dah keyel. Semalam ada weekend cup. well rindu kan ngan teammates kita. hehe.. acip akmal megat. haha. yg sorang lagi tu org baru , izzat namanya,. 



Saturday, November 5, 2016

SPM BATCH TAHUN INI

Assalamualaikum! good luck kepada batch tahun ini yang ambil SPM. :D all the best, do the best, trust Allah. jangan gelabah waktu nk jawab especially subjek BM. pilih soalan yang senang, yang mana kita boleh dapat isi/points dgn senang. pastu elaborate dgn elok2..

Kalau mcm ketandusan idea ke, apa2 ke, selawat. kalau tkleh, buat solat sunat... In sha Allah idea akan sampai . :) 

Friday, November 4, 2016

Speed Internet Hostel Bangsar

Assalamualaikum! hehe.. biarlah gambar berbicara. :) so, mai la join UniKL MIIT .



Wednesday, November 2, 2016

Karangan Cemerlang : Punca-punca Keracunan Makanan

Assalamualaikum! ada la haritu ada pertandingan buat karangan kan kat mypengguna.com, pastu sy pun nak turut serta. k. kalah. hahaha. Pastu, beberapa hari lepas, sy edit la sikit karangan sy tu pastu tunjuk kat cikgu BM sy, Cikgu Hamidah. Selepas membuat beberapa semakan, pastu cikgu Hamidah bagi kat sy yg sudah check. Ada banyak kesalahan gak la, sebab tu kalah. Sya nk share sikit perbezaan/comparison karangan sy sebelum & selepas checked. Terima kasih Cikgu Hamidah kerana sudi mengajar/tolong/membaiki diri sy ini. hehe.

Sapa-sapa nk tgok perbezaan tu, boleh pergi ke 
PAGE FB saya, https://www.facebook.com/hazman45/ untuk download karangan saya sebelum & selepas disemak. ATAU terus pergi ke sini https://drive.google.com/drive/folders/0B4gPkO4jHZ-NUG5qSjgzX2YtTms?usp=sharing untuk download.

CARA NAK BANDINGKAN KARANGAN/WORDS

1. Buka words/microsoft words
2. Pergi ke 'Review'
3. Click 'Compare' (hujung kanan atas)


4. Letak dua-dua karangan tersebut


5. Pastu anda boleh lihat apa yang telah diubah. Harap membantu :)

p/s: kalau ada sebarang pertanyaan, boleh emailkan sy, boleh hantar message kat page sy, wechat pun wechat la. haha. GLHF

KARANGAN CEMERLANG : PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN


Dasawarsa ini, jumlah keracunan makanan semakin meningkat secara drastik. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, keracunan makanan bermaksud termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit. Berdasarkan statistik laman sesawang ‘Malaysiakini’, bilangan kes yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun lepas (purata sekitar 8,000 setahun) mengalami kes keracunan makanan dan hanya segelintir daripadanya, tidak melaporkan kes yang boleh dikategorikan berbahaya. Berdasarkan laman sesawang ‘kpkesihatan’, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa, berdasarkan pemantauan yang dilakukan sehingga 16 April 2016, sebanyak 60 episod keracunan makanan (KRM) dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara yang melibatkan 2,325 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 47 (78.3%) episod berlaku di sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan 1,900 orang warga sekolah; manakala selebihnya melibatkan sekolah di bawah agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kerajaan Negeri dan sekolah swasta. Hal Ini menunjukkan bahawasanya keselamatan makanan terutamanya di negara Malaysia dikategorikan berada di paras berbahaya yang boleh membuatkan individu tidak sihat malahan boleh membawa maut. Apakah punca masalah makanan menjadi beracun? Adakah masalah ini boleh diselesaikan?

Keselamatan makanan boleh dikategorikan kepada beberapa keadaan. Keadaan pertama yang boleh diketengahkan adalah berpunca daripada sumber yang tidak dijamin keselamatannya dan tidak disahkan oleh pihak bertanggungjawab. Tambahan pula, ramai orang mengambil jalan pintas untuk mendapat wang atau sumber pendapatan yang tidak berkat dengan melakukan kerja tidak bertauliah seperti individu tersebut menggunakan racun serangga berlebihan terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran. Hal ini demikian  kerana, mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kesihatan pelanggan mereka.  Dalam hal ini pengguna yang akan menjadi mangsa keadaan. Golongan ini lebih mengutamakan “output” sesuatu makanan dan mengabaikan keselamatan makanan tersebut. Orang-orang tua pernah berkata bahawa disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga. Oleh itu, jelaslah bahawa keselamatan makanan berkait rapat dengan sumber yang tidak dijamin keselamatannya dan tidak disahkan oleh pihak bertanggungjawab.

Makanan tidak diselenggarakan dengan baik dan sempurna juga merupakan salah satu faktor keselamatan makanan tidak terjaga. Makanan perlu diselenggara dengan baik dan bersih terutamanya apabila melibatkan pemindahan makanan dari sebuah kenderaan ke kenderaan yang lain.  Selagi kita dinamakan manusia, kecuaian acap kali berlaku seperti makanan terjatuh di permukaan bumi.  Tambahan pula, sikap manusia yang memandang remeh terhadap makanan yang perlu diasingkan antara bersih dan rosak apabila melakukan penyenlenggaran makanan tidak diambil tindakan sewajarnya. Malah, makanan tersebut dibawa kepada pembeli, penjual dan sebagainya.  Perkara ini  akan berterusan sehinga menyebabkan seseorang individu itu jatuh sakit.  Apabila hal ini berlaku maka wujudlah kisah si bangau.  Semua pihak saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.

Pada era modeninasi ini,  antara masalah makanan yang tidak begitu diberikan perhatian oleh pembeli atau pengguna ialah isu yang berkaitan dengan  tarikh luput.   Hanya pihak media massa yang agak memberikan tumpuan terhadap isu ini.  Media massa acap kali memaparkan sebuah kedai tidak menukar ganti makanan yang tarikhnya luput dengan makanan yang baru. Masalah ini akan berterusan melainkan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan yang lebih tegas dengan memberi amaran dan denda sewajarnya kepada golongan yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan makanan yang diimport dari negara jiran menggunakan jalan belakang telah membuka peluang bagi mereka menjana pendapatan kerana makanan tersebut murah untuk dibeli oleh orang kita. Makanan yang diimport itu belum tentu dari sumber yang halal malahan mungkin merisikokan nyawa mangsa yang memakannya.

Selain itu, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau masih mentah dijual secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan merupakan penyebab seseorang individu jatuh sakit. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai bakteria apabila makanan itu tidak dimasak dengan sempurna ataupun sebaliknya. Kajian di luar negara, mendapati bahawa seseorang itu akan mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan kuman, masalah percenaan makanan dan seumpanya sekiranya individu tersebut makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau mentah seperti makanan Jepun (sushi)  Malahan, ia akan merosakkan sistem dalam badan kita. Badan kita tidak mendapat zat, protein dan nutrien secukupnya sekiranya pemakanan ini menjadi tabiat seharian kita. Masalah ini akan berterusan sehingga sampai suatu tahap badan kita merasa lesu dan tidak bermaya untuk melakukan perkejaan. Maka, doktorlah tempat kita akan merujuk. Ada peribahasa menyatakan bahawa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kita jangan menjadi orang yang sedemikian.

Masalah-masalah yang kita bincangkan sebentar tadi, kita dapat selesaikan atau meneutralkan balik tentang masalah makanan tersebut. Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menaik taraf sistem kawalan berkenaan makanan di negara kita. Tambahan pula, pelaksanaan ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia untuk mencari rezeki. Pengambilan pekerjaan dalam bidang ini juga perlu diberi perhatian kerana mereka bakal memberi kesan kepada pelanggan sama ada jatuh sakit atau sihat. Sistem ini amat penting dan merupakan perkara perdana untuk keselamatan makanan. Salah satu cara untuk menaik taraf sistem kawalan makanan di negara kita ialah membuat pemeriksaan lebih terperinci terhadap semua kedai runcit, kedai kecil-kecilan atau restoran tentang makanan sumbernya datang dari mana. Di samping itu, setiap peniaga perlu mempunyai sijil atau lesen yang sah untuk menjual makanan yang segar. Orang-orang tua pernah berkata, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Sesungguhnya, menaiktaraf sistem kawalan berkenaan dengan makanan dapat menyelesaikan masalah makanan.

Konklusinya, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya tetapi bergantung kepada komitmen kita sama ada bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan atau sebaliknya. Bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan skop yang besar, semua pihat perlu berganding bahu untuk menyelesaikan perkara tersebut umpama bersatu kita teguh, becerai kita roboh. Kita perlu mengambil iktibar daripada perkara yang lepas agar masa hadapan tidak berlaku lagi. Musnahkan benteng yang menahan kita daripada menyelesaikan masalah makanan dan membuat tindakan yang sewajarnya kepada golongan tersebut.


Daripada Hazman, disemak oleh Cikgu Hamidah, SMK Seri Mahawangsa

Monday, October 24, 2016

Youtube Channel

Assalamualaikum! hari ni sy nk kongsi sy punya Youtube Channel, hope korang dapat subscribes . hehe.. support 



Sunday, October 23, 2016

Weekends with LoL

Assalamualaikum! weekend ni tk p mana2 pun... :( weekend cup ada tapi malas nk p la. hahaa.assignments berlambak tapi malas nk buat. apa-apa pun pagi tadi semi final League of Legends World Championship tadi menang kat SSG aka Samsung Galaxy . nampaknya. SKT T1 akan bertemu dgn SSG. well, SKT T1 dah menang world 2 kali mean 2 juta USD dlm tangan depa dah. takkan tahun ini depa menang lagi ? hahahaha... senang2 ja dapat 3 juta USD nanti. Final akan berlangsung Sunday 30 Oct 2016 kat Los Angeles, CA




Kiri: SSG & Kanan: SKT T1

Monday, October 17, 2016

Sudah 3 Minggu Berlalu di UniKL MIIT

Assalamualakum ! sudah lama sy tidak mengemaskini blog. al maklumla sibuk kan. sibuk main game n so on.hahaha.:) well, alhamdulillah. Allah masih sayang kita untuk kita bertaubat dan bertaqwa. berusahalah ke arah kebaikan kerana Allah serta meninggalkan sgala larangan kerana Allah.




     Sudah 3 minggu berlalu dan sekrang minggu ke-4 kat UniKL MIIT. 8/10/2016 iaitu hari Sabtu ada buat weekend cup, mcm besa sama gak ngan kat Alor Setar. Buat kali pertama, sy join WC nie dgn member UniKL. aceewah. p sbagai satu team unikl la nie kan. ahaha. masa tu ada 3 team jer. soo kami dpt no kedua. haha.. ada la masalah2 skit. tak synergy la, salah faham la, and so on. so rezeki kita smpai kat no 2 jer. 



Selepas habis WC nie, dalam kul 5.30 kot balik. pastu Amir ada kat Bangsar, so apa lagi . hahaha . ajak keluar la malam. dah lama tk jumpa ngan amir my bff masa kat KMKu , jalan sekali, makan skali . haha. dia mai kl sbb adib aiman nk jumpa mmber gak. so depa mai sini and bermalam kt sini . lepas lepak sat kat Bangsar, Amir tk penah lagi p unikl miit. so we decide to go there. lepas Maghrib, kami bertolak. mcm ngan rutin harian kami pergi ke unikl . haha.. so, perjalanan yg agak jauh then smpai2 nk masuk waktu Insyak, so kami go on ke Masjid Kg. Baru... lpas tu, kami decide pergi jalan2 nk cari makan. pastu amir ada berkenan kt satu tmpat nie . so kami pergi la. restoran kot. haaa.. maka bermulalah situasi keyel. HAHAH... ok.. masa tu tgh minum air n smbang, tetiba ada org mai minta sedekah, sort of... tapi rasanya dia jual kot. sbb tisuu.. dia nie buta, n ada pembantu dia kan. Amir nie jenis tkleh tgok cmnie kan. maklumla dia bisnesman. pastu Amir bagi seberapa jumlah wang yg besar kepada mereka... pastu man ceramah la. why amir whyyy ?? hahaha.. dia punya sifat cmtu, nk buat cmna.. KEMUDIAN. haha.. orang kedua lak mai, kali ni dia miskin pompuan, pastu dia pegang mcm kertas kan. man ada ternampak la dia tulis bekas bantuan dan mendapat wang pendapatan dlm puluh2 cmtu ja. pastu dia duk usha man pastu sat duk usha amir. masa tu man duk usha amir ja, tkmaw pandang pompuan tuu.. pastu dia cita la nie tu la. pastu amir tkleh nk tahan , derma lak sejumlah wang yg besar. i was like wtf amir?! hish .... geram btul la ngan amir. u know what, i prefer donate to mosque then them. arghh. aigo amir . pastu pompuan tu cita lagi la bertmbah rancak.. man buat dont know n tkleh nk buat apa. amir pun duk dngar2. lepas pompuan tu cau, man ceramah kat amir lagi.... tk larat dah nk bagitaw . amir ada kemukakan soalan, zakat tk tolong ka? something like that. then dia kata tkleh, susah nk dapat zakat.. something like that. erhhh.. susah nk percaya.. i just like i dont even care. lmao. pastuuuu ADA LAGI... haha.. ada pulak minta derma tapi kali ni sambil bawak gitar n nyanyi . hahahaha. lagu omputeh lak tu . nie derma pastu boleh tanda tangan sekali .haha.. amir kata kali nie dia tkmaw layan dah. hahaa. mai kat kami, kami geleng kepala.... hahha... tk tenang kalau duk kat restorant pada waktu malam. itu lah kesimpulannya.. 
     







ok dah kot. malas nk cita panjang2. tata Assalamualaikum.

Sunday, September 25, 2016

Bersama Sahabat

Assalamualaikum! ini cerita fasal semalam. hahah.. mesti lawak punya. benda ni tk rancang pun nk jumpa tapi dah ditakdirkan nk berjumpa, maka berjumpa la dua org hamba Allah nie.. Semalam, shabat sy yg diberi nama Aswad nie ada daftar untuk dpt bju percuma LoL kan, so, dia nk gi sana. sana tu aka APU aka Asian Pasific University dekat Bukit Jalil. Pada msa tu, sy sbnarnya malas nk p, haha. tapi ada certain2 tertntu memaksa sy untuk pergi. k. Aswad masa tu tnya kt mana. dlm lebih kurang 12.20pm, masa tu sy bru hbis mandi. hahaha. so, sy pecut la jalan kaki ke lrt bangsar, turun kan kl central. then.. nie 1st time sy naik ktm di kl central. beli2. then kena tunggu sejam. pastu. spatutnya sy kena turun kt TBS. ntah lupa apa lak TBS stand for what. then sy TERturun awal kt Salak Selatan. HAHAHAHA. lmao. ntah, something mendorong sy untuk turun kt stesen Salak Selatan. turun2. pastuu........ next ktm kena tnggu sejam laakkk hahahahaha. habis masa kat menunggu ja. then . jumpa lah Aswad kat TBS. 

    Sya kenal Aswad nie waktu time sekolah menengah. SMSTSP (Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra) di perlis. Well, sy berada kt skolah tu setahun pastu lari balik umah. hihi. kannn. dah lama tk jumpa dia. skrang dah umur 19, masa tu 16. nmpak la perbezaan ketara, terutama fizikal, tapi kalau mental mesti lagi bnyak sbb dia nie. haaa.. hebat orgnya . mcm berganda-banda beza ilmu. hihi 
k dah.. malas nk tulis lagi. 






Saturday, September 24, 2016

The Past of History of Future Degree Boy

Assalamualaikum! sudah lama hamba tidak mengupdatekan (kemaskini) blog hamba ini atas kekangan masa. Ahamdulillah, dengan keizinan  Allah, dapat kita berjumpa lagi dalam media massa especially di sini.

      Baru-baru ini, program Welcoming Orientation Week for Intake September 2016 (WOW Sept 2016) baru sahaja smpai ke penghujung drama di UniKL MIIT. haha.. mcm2 perkara telah berlaku. Program WOW Sept 2016 ini dijalankan bagi seluruh kampus UniKL, for me is UniKL MIIT. Program ini berlangsung selama seminggu bermula pada hari pendaftaran 18/09/2016 ( Ahad ) di UniKL MIIT. Sebelum itu, haaa. hahaha.. Kami, abah umi, dikna, dikmi, aisya, kakak, abang Man berjalan-jalan aka makan angin dahulu di KEYEL. hahaha. Menyelam sambil minum air bermaksud, sambil makan angin, kite shoppping. hahahaha.. arh. malas la nak tulis panjang2.. ok kita skip ke program WOW 2016. 

       Program WOW kami bermula di Kem al-Azhar kt Morib, Selangor. sapa2 pernah p tu, kite geng. Program di kem tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam. pada hari pertama disana. alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. pastu, kumpulan saya terbentuk dan diberi nama kumpulan iaitu Gagak Hitam. kite syang team kite. hihi xd. Pada awalnya, kami tidak mengenali satu sama lain, tapi kami diberi tugas untuk berjaga malam pada jam 2 pagi. sooo, kami terpaksa bangun pada jam tersebut and berkumpul bersama-sama as Gagak Hitam. haha. Bermula distu lah kami menyelami antara satu sama lain.

     Nampaknya sudah sampai ke penghujung kemalasan kite nie. Kepada OC/Orientation Community/Fasi/Fasilitator WOW Sept 2016 bagi UniKL MIIT, terima kasih atas ilmu yang guys curahkan kepada kami and thanks pimpin kami untuk selesaikan process pendaftaran kami di hari pendaftaran or di hari kita bersama. Jaga batas2 kelawakan or tatasusila. ok.. tata. maka bermulah degree disini selama 4 tahun as Bachelor of Software Engineering (BSE). 



Note: 
     Perjalanan dari Hostel (Bangsar) ke LRT Bangsar 1.2 km,
     Perjalanan dari LRT Dang Wangi ke UniKL MIIT 500 m.


"Ilmu kalau dia tk beramal, bagaikan pokok yang tkda apa2, tanam pokok tapi tkda buah, tkda apa."
     ~Ustaz Fawwaz Mat Jan



Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Monday, September 5, 2016

Selangor Cyber Games LoL Cup Final 2016

Assalamualaikum! hari ni, ada berita pasal Selangor Cyber Games League of Legends Cup (SCG LoL) . nampaknya, garena buat kejutan dgn menjemput Nabil aka Raja Lawak sbg emcee (host) untuk SCG LoL Cup Final yg akan diadakan pada 10and11/9/2016 di One City Mall, Subang Jaya!



Terkejut jugak la tetiba Nabil mai jadi emcee untuk game League of Legends nie. hahaha.. Dota ada ? hahahahahahaah #jgn kecam saya

nie, ada video Nabil tgh praktis main LoL dan memahami LoL. haha. gud luck Nabil. LoL nie senang je nak hadam. hihi. 


Nabil tgh praktik guna Ashe. hahaha. nice2 GGWP.

Sunday, September 4, 2016

Battle of The Clubs 2016 (BOTC 2016)

Assalamualaikum! :) Baru-baru ini kita dikejutkan dgn kemengan 3rd place bagi tournament Battle of The Clubs (BOTC) berlangsung di UTAR, SG LONG. pada 28 August yg lalu. 6 buah university yang mengambil penyertaan. so, kami wakil UniKL menyertai pertandingan tersebut. kenapa la tetiba formal sngt nie. hahaa. 







Wednesday, August 24, 2016

Usaha Masyarakat Memajukan Industri Pelancongan

Assalamualaikum! nmpaknya ada permintaan daripada adk Mardhiah tentang karangan usaha masyarakat memajukan industri pelancongan. sya boleh tolong bagi isi/points berdasarkan ilmu yg sya ada sbgai student.hehe. sy akan terangkan bagaimana sya manupilasi statement tersebut. adk Mardhiah, baca taw. penat buat nie sndiri. (tk penat pun)

Usaha Masyarakat Memajukan Industri Pelancongan

1st of all, karangan ini berdasarkan tentang masyarakat. sooo, siapakah masyarakat? masyarakat itu kita kannn... hehe. (selesai dah persoalan pertama) 

2nd, usaha. effort kita. adakah kita mampu melakukannya? 

3rd, industri. maa makna industri? berdasarkan pengetahuan sya, industri ini mcm kilang/sektor. anda boleh search kt internet maksud industri. 

        ok, sekarang kita dah taw maksud tersirat statement itu. kesimpulannya, scopen menjadi kecil kepada masyarakat sahaja. so, its only related to masyarakat. 

       senarai dibawah merupakan isi yang sya buat sndiri, so msti ada mistakes/kekurangan. ikutlah kalau adk Mardhiah nak guna ke tidak. hehe. lebih baik kembali kepada cikgu untuk solusi yang terbaik.

(kalau dlm exam, sy akan ambik contoh mudah iaitu cuti-cuti malaysia sebagai panduan utama sya untuk mencorakkan karangan sya)

1. Masyarakat mempromosikan hasil tempatan kepada orang asing melalui laman sosial.

2. Masyarakat perlu menjaga harta awam dengan sebaik yang mungkin dan mengelakkan vandalisme.

3. Masyarakat perlu peka dan membuat tindakan sewajarnya dengan kebersihan sekliling lebih-lebih lagi di tempat awam/taman permainan.

4. Masyarakat hendaklah menyediakan bantuan yang sebaik mungkin sekirannya pelancong memerlukan bantuan.

(4 nie dah pun dah cukup kalau sya dlm exam la. hahahaha malas pikir bnyak.)

eh, tkda idea dah. hahaha .. so adk mardhiah, ini shaja yang sya boleh bantu . :) sorry lewat sikit, main game tadi. hihi.. kalau nk sy buat karangan nieee.... malas sikit. :D 

sya harap membantu serba sedikit. maaf jika ada kesalahan dari segala aspek terutama penulisan. 
tata... gud luck trial. (trial ja pun) haha :D 

Saturday, August 20, 2016

Trial SPM 2016

Assalamualaikum! buat yg terbaik untuk trial nie.. penting untuk menentukan prestasi kita wktu SPM nanti. do the best. aceewah.. dulu kita trial dapat B kowt. SPM dapat lagi tinggi. kita pun terkejut. HAHAHAAHAH :D 

tadi punya cerita.. kite dpt no2. alhamdulillah. hehe.. ada srg tu blnja makan kt aman central.


Friday, August 5, 2016

Weekend Cup LoL!

Assalamualaikum, citer pagi tadi . hehe.. alhamdulillah dapat no 1 :) , tapi 2 org team kami tk dpat menghadirkan diri. lalu kami import 2 org lain... apa2 pun. thanks yg 2 org import tu sudi masuk team kami .





Thursday, August 4, 2016

Benda dah betul

Assalamualaikum! haha.. ad sorg nie dia share gmbar, sooo, kita join laa. hahaha ..

bukan nk perasan ka ap.. cuma.........benda dah btul. hahahaha
itu sja. tata. assalamualaikum . eh , tag la rakan2 anda kat sini ^^